awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Bukan saya, saya baharu ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
Laksamana Madya Sabri Zali saman Chegubard berhubung isu salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 2 lagi kes dikesan dalam Kluster PUI Novgorod

Isabelle Leong
Isabelle Leong
14/07/2020
10:47 MYT
COVID-19: 2 lagi kes dikesan dalam Kluster PUI Novgorod
DR NOOR HISHAM: Sehingga 12 tengah hari Selasa, sebanyak 22 orang telah disaring termasuk lima kes positif dalam kluster berkenaan. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat pertambahan dua lagi kes positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster individu dalam siasatan (PUI) Novgorod.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kes merupakan kontak rapat kepada kes indeks kluster tersebut iaitu kes ke-8,673.
Kata Dr Noor Hisham, dia telah dikesan positif hasil siasatan lanjut yang dijalankan terhadap kes-kes positif COVID-19 yang sedia ada.
“Kes kedua pula adalah kes baharu yang telah dilaporkan hari ini iaitu kes import dari Rusia iaitu kes ke-8,727. Dia tiba di Malaysia pada Isnin dan dikesan positif semasa ujian RTK-Antigen di Pintu Masuk Antarabangsa.
“Dia kemudiannya telah diasingkan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Didapati, dia juga merupakan kontak rapat kes ke- 8,673 dan kes ke-8,718 di Novgorod, Rusia,” katanya dalam sidang media berkaitan perkembangan COVID-19 di Malaysia pada Selasa.
BACA: COVID-19: Malaysia catatkan 4 kes baharu, tiada penularan tempatan
Beliau berkata sehingga 12 tengah hari Selasa, sebanyak 22 orang telah disaring termasuk lima kes positif dalam kluster berkenaan.
“Semua 17 orang kontak rapat setakat ini juga telah disampel dan dikesan negatif COVID-19.
Daripada jumlah kontak rapat ini, 13 orang telah dikenal pasti dari pesawat yang dinaiki dan empat orang ahli keluarga kepada kes ke-8,718 dan kes ke-8,724.
“Tiga kes positif sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dua kes positif dirawat di Hospital Melaka manakala satu daripada kes di Hospital Melaka tersebut adalah di unit rawatan rapi (ICU),” katanya.
Tambahnya, siasatan lanjut dan aktiviti pengesanan kontak rapat kes positif baharu dalam kluster tersebut sedang diteruskan, termasuk kontak terdekat di dalam pesawat.
“Arahan aktiviti nyah kuman dan pembersihan kapal terbang telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada syarikat penerbangan kapal terbang pada Isnin.
“Anak- anak kapal yang berurusan dengan kes positif juga dimaklumkan supaya menjalani saringan kesihatan. Punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#KLIA
#Kluster PUI Novgorod
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan