Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: 35 pegawai kanan jalani kuarantin, semua disahkan negatif

COVID-19: 35 pegawai kanan jalani kuarantin, semua disahkan negatif
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, kesemua mereka setakat ini disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan.
PUTRAJAYA: Seramai 35 pegawai kanan kerajaan diarah menjalani kuarantin diri selama 14 hari susulan seorang pegawai kerajaan dikesan positif COVID-19 selepas menghadiri mesyuarat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah berkata, kesemua mereka setakat ini disahkan negatif selepas menjalani ujian saringan.

Jelas beliau, adalah menjadi keperluan bagi setiap penjawat awam untuk menjalani saringan COVID-19 sebelum menghadiri sebarang mesyuarat.

“(Ketika ini) Kita fokus (mengesan kontak rapat) ahli keluarga pegawai berkenaan, dan semua yang menghadiri mesyuarat tersebut adalah berjumlah 35 orang.
“Apa yang penting adalah yang kami telah lakukan sejak beberapa bulan lalu, misalnya melibatkan prosedur operasi standard (SOP).

“Pada mesyuarat kami, terdapat jarak sekurang-kurangnya satu meter dan tidak sesak seperti anda dapat lihat pada sidang media hari ini.
“Kedua, pegawai yang hadir mesyuarat dikehendaki membasuh tangan sebelum memasuki bilik mesyuarat, dan ketiga kita elak tempat yang sempit sepanjang mesyuarat tersebut.

“Lebih penting, ujian saringan sudah dijalankan ke atas 35 individu terbabit dan kesemua mereka adalah negatif,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diarahkan menjalani kuarantin selama 14 hari di kediamannya selepas seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu, disahkan positif COVID-19.


Tag: Muhyiddin Yassin, Media, Perdana Menteri, SOP, penjawat awam, kesihatan, koronavirus, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.