Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: 4 kes kematian dalam 24 jam, 212 kes baharu

COVID-19: 4 kes kematian dalam 24 jam,  212 kes baharu
Menurut Dr Noor Hisham, kematian yang direkodkan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor serta dua di Sarawak. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Sejumlah empat kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan 14 kematian direkodkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian tersebut melibatkan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Johor serta dua di Sarawak.

Dalam masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, 212 kes baharu telah dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes.

Berikut perincian empat kematian yang direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu:
• Kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1,070 merupakan seorang lelaki berumur 70 tahun dan warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

• Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1,114 juga seorang lelaki, rakyat tempatan yang berumur 70 tahun. Allahyarham merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.
• Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1,006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

• Kes kematian ke-14 pula merupakan kes ke-595 iaitu seorang wanita tempatan berumur 51 tahun. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Selain itu, terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 159 kes.


Tag: COVID19, empat kematian, positif COVID-19, jemaah tabligh, Masjid Sri Petaling, kontak rapat, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.