awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 40 pegawai dan anggota polis Terengganu dikuarantin

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
25/03/2020
09:30 MYT
COVID-19: 40 pegawai dan anggota polis Terengganu dikuarantin
Seramai 40 pegawai dan anggota polis di Terengganu dikuarantin selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, daripada jumlah itu 24 daripadanya merupakan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman termasuk ketua polis daerah dan diarahkan kuarantin di rumah serta IPD berkenaan.
Manakala katanya, baki 16 lagi merupakan pegawai, anggota serta dua kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan IPD Kuala Terengganu. Mereka kini diarah kuarantin di rumah masing-masing.
"Kita telah mengarahkan mereka yang disyaki ini melakukan kuarantin di rumah masing-masing. Ia melibatkan pegawai, anggota, kakitangan awam serta ahli keluarga mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan sekatan jalan raya di Rantau Abang, Dungun pada Rabu.
Tambah Roslee, bagi kes di daerah kemaman, mereka disyaki mempunyai kontak rapat dengan salah seorang isteri kepada anggota yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kemaman.
Bagaimanapun, setakat ini kesemua pegawai dan anggota yang dikuarantin tiada yang dikesan positif virus berkenaan.
Ujar Roslee, pihaknya akan sentiasa memantau kesihatan setiap anggotanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Roslee Chik
#Dungun
#koronavirus
#Kuala Terengganu
#pegawai polis
#Polis Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan