awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 60 peratus kes positif di Sabah libatkan kes import

Bernama
Bernama
26/05/2020
06:49 MYT
COVID-19: 60 peratus kes positif di Sabah libatkan kes import
Beliau berkata penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi Sabah disambung semula semalam melalui empat penerbangan sewa khas yang membawa seramai 1,148 pelajar. - Gambar fail
Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata lebih 60 peratus kes COVID-19 di negeri itu adalah jangkitan dari dalam negeri yang kebanyakannya terdiri daripada kontak rakyat Sabah yang baru pulang dari Semenanjung.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia telah membahagikan kes jangkitan COVID-19 kepada empat kategori iaitu Kes Import A yang membabitkan rakyat Sabah baru pulang dari luar negara dan mendapat jangkitan dari negara lain seperti Vietnam, Thailand, United Kingdom dan Indonesia.
"Kes Import B pula membabitkan rakyat Sabah yang baru pulang dan mendapat jangkitan dari luar negeri (Sabah) terutama dari Semenanjung Malaysia; Kes Import C membabitkan kes jangkitan (dalam negeri) tetapi dikesan di luar daerah tempat pesakit bermastautin dan kategori keempat adalah Kes Tempatan iaitu jangkitan dalam daerah tempat pesakit bermastautin.
"Majoriti kes jangkitan di Sabah adalah kontak kepada Kes Import B iaitu mereka yang dijangkiti di Semenanjung dan baru pulang ke Sabah," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Christina berkata tiada kes baharu dilaporkan semalam dan jumlah kes bagi negeri Sabah kekal 343.
Sementara itu, beliau berkata penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi Sabah disambung semula semalam melalui empat penerbangan sewa khas yang membawa seramai 1,148 pelajar.
Dr Christina berkata kesemua pelajar akan diperiksa oleh petugas kesihatan di pintu masuk lapangan terbang.
"Pihak JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah) memohon kerjasama semua pihak untuk memastikan pengurusan pergerakan pulang pelajar berjalan dengan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Christina Rundi
#COVID-19
#Indonesia
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan negeri Sabah
#Malaysia
#Thailand
#United Kingdom
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan