MALAYSIA
COVID-19: 8.63 juta isi rumah terima topeng muka secara percuma

Selain isi rumah, topeng muka itu turut diagihkan kepada pasukan petugas hadapan seperti petugas KKM, PDRM, dan ATM serta agensi berkaitan, kata Ismail Sabri Yaakob.
Sebilangan besar topeng muka yang diimport, akan diagihkan kepada rakyat secara percuma mengikut data isi rumah yang diperolehi, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, topeng muka itu akan diagihkan kepada 8.63 juta isi rumah oleh Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.
Menurut beliau, proses agihan akan bermula selepas topeng muka itu sampai ke negara ini.
“Ini telahpun diumumkan YAB Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin), bahawa topeng muka itu akan diberi percuma. Kini kita sedang tunggu topeng muka tersebut daripada negara yang kita import, (dan) bila dah sampai dalam waktu terdekat nanti kita akan edarkan secara berperingkat,” katanya dalam sidang media harian hari ini.
Selain isi rumah, Ismail Sabri berkata, topeng muka itu akan turut diagihkan kepada pasukan petugas hadapan seperti petugas Kementerian Kesihatan, anggota polis dan tentera, serta agensi yang berkaitan.
Dalam pada itu, beliau sekali menegaskan bahawa 10 juta topeng muka berkenaan bukan diperolehi secara percuma, sebaliknya dibeli oleh kerajaan.
"Kerajaan tidak dapat secara percuma seperti yang dihebohkan, tapi kerajaan belinya dari negara tersebut," katanya lagi.
Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan diberi tanggungjawab untuk mengagihkan bantuan makanan kepada golongan berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami