awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 841 warga Malaysia terkandas di 20 buah negara - Kementerian Luar

Fareez Azman
Fareez Azman
18/03/2020
08:36 MYT
COVID-19: 841 warga Malaysia terkandas di 20 buah negara - Kementerian Luar
Kementerian Luar meminta semua rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara agar terus bertenang. Gambar fail.
Seramai 841 rakyat Malaysia dilaporkan terkandas di 20 buah negara berikutan wabak COVID-19.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 berkata, semua mereka telah diberi bantuan oleh konsular Perwakilan Malaysia antaranya dalam urusan penginapan sementara dan laluan penerbangan alternatif.
Ketika ini, India mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Malaysia terkandas iaitu 274 orang, Uzbekistan (209), Maghribi (160), Mesir (43), Arab Saudi (28), Bangladesh (26), Sweden (26), Sepanyol (19), Austria (11), Montenegro (lapan), Finland (lapan), Switzerland (lima), Norway (lima), Maldives (empat), Poland (tiga), Hungary (dua), Lithuania (satu), Panama (satu) dan Ecuador (satu).
"Kementerian Luar juga ingin memaklumkan bahawa (sehingga kini) Pejabat Perwakilan yang terlibat telah berjaya membantu memudah cara urusan pulang seramai 116 rakyat iaitu 113 orang dari Maghribi dan tiga orang dari Maldives.
"Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Perintah Kawalan Pergerakan oleh Malaysia tidak menghalang kemasukan rakyat Malaysia dari luar," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia yang masih terkandas di luar negara agar terus bertenang dan menghubungi Perwakilan Malaysia di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Hishammuddin Hussein
#India
#Kandas
#Kementerian Luar
#koronavirus
#Media
#rakyat Malaysia
#Sweden
#Switzerland
#warganegara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan