awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Agong dan Permaisuri tidak ambil Emolumen Diraja selama 6 bulan

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2020
07:23 MYT
COVID-19: Agong dan Permaisuri tidak ambil Emolumen Diraja selama 6 bulan
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19. - Gambar fail
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja untuk baginda berdua selama enam bulan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berdua membuat keputusan tersebut untuk membantu meringankan beban kerajaan menangani pendenik COVID-19.
Baginda berdua juga menyahut keputusan kerajaan yang agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong ke Tabung COVID-19.
"Perkenan Seri Paduka Baginda berdua ini turut mencerminkan keprihatian dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara," katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini. BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Tambah beliau, perkara ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sempena sambutan Hari Doktor Sedunia semalam (Isnin, Mac 30), Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya di barisan hadapan, di atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik ini.
"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi Kerajaan berkait di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tatacara pengendalian COVID-19 di Malaysia," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Baginda berdua untuk terus berdoa memohon ihsan Allah S.W.T semoga Malaysia sentiasa di dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Topic Berkaitan
#6 bulan
#Ahmad Fadil Shamsuddin
#Al-Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#bantu
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja
#Emolumen Diraja
#PRIHATIN
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan