DALAM sejarah manusia, kejadian wabak bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan sebenarnya terdapat kejadian wabak yang berlaku sebelum ini yang jauh lebih menggerunkan berbanding Covid-19. Sebagai contoh wabak `Kematian Hitam’ (Black Death) yang berlaku sekitar 1350 telah membunuh 20 juta nyawa di benua Eropah dan kemungkinan puluhan juta di benua lain, sementara wabak Demam Sepanyol (Spanish flu) yang berlaku pada tahun 1918 mengorbankan 50 juta nyawa di seluruh dunia.
Sebagai perbandingan, COVID-19 walaupun sudah berlaku beberapa bulan dan telah merebak ke seluruh dunia, namun jumlah kematian di seluruh dunia masih belum mencecah 20 ribu lagi. InshaAllah dengan usaha kerajaan dan pelbagai pihak lain serta berkat doa-doa kita semua memohon perlindungan kepada Allah SWT, jumlah kematian mungkin tidak akan dapat menandingi angka 50 juta yang dikorbankan oleh wabak Demam Sepanyol.
Namun satu perkara yang harus disedari ialah kesan ekonomi kepada masyarakat manusia di seluruh dunia akibat COVID-19 berkemungkinan adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia. Punca utama kepada perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat besar dari aspek keadaan kewangan manusia pada masa dahulu dan sekarang, khasnya dalam aspek saiz industri hutang sekarang ini berbanding zaman dahulu.
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, kita perlu sedar bahawa wabak COVID ini telah memberi kesan ekonomi yang sangat teruk kepada banyak sektor. Ini terutama sekali apabila beberapa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan langkah `kawalan pergerakan’ (atau lockdown). Kebanyakan daripada mereka adalah dari sektor swasta yang memerlukan pendapatan untuk membayar kos operasi.
Walaupun terdapat kos yang dapat dikurangkan oleh syarikat swasta akibat penutupan operasi (seperti petrol, disel, elektrik dan air), namun terdapat kos tetap yang terpaksa ditanggung seperti kos sewa premis dan kos gaji kakitangan. Tambahan pula kebanyakan daripada syarikat swasta mempunyai beban hutang yang sangat tinggi kepada sektor perbankan. Di Malaysia beban hutang sektor swasta adalah lebih dari RM1 trilion. Syarikat-syarikat ini akan menghadapi keadaan kewangan yang sangat mencabar kerana pendapatan mereka akan jatuh mendadak sementara beban hutang mereka masih perlu diselesaikan. Besar kemungkinan banyak syarikat tidak akan mampu membayar hutang mereka dan akan jatuh muflis. Akibatnya mungkin ratusan ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan. Sebagai contoh dalam sektor penerbangan sahaja, syarikat Qantas dilaporkan akan meminta 20 ribu pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji. Jika ratusan ribu pekerja di seluruh dunia yang kehilangan sumber pendapatan ini juga mempunyai beban hutang yang tinggi (di Malaysia hutang isi rumah pada tahun 2019 adalah lebih dari RM1.1 trilion), kita boleh bayangkan kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh mereka dan ahli keluarga mereka.
Oleh kerana masalah COVID-19 ini berlaku di seluruh dunia, maka tidak hairanlah kenapa ramai penganalisa ekonomi menyatakan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan yang teruk akibat daripada bencana ini. Ada yang meramalkan bahawa ekonomi negara Amerika dan Eropah akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif sementara ekonomi negara China mungkin akan berkembang sebanyak 1.5 peratus sahaja. Oleh itu kemungkinan ekonomi dunia mengalami penguncupan ekonomi yang mendadak adalah sangat tinggi.
Ramai pihak akan menuntut agar kerajaan di seluruh dunia memberikan bantuan kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang dalam keadaan tersepit. Namun hakikatnya kebanyakan kerajaan juga dalam keadaan kewangan yang tenat dengan bebanan hutang yang tinggi. Sebagai contoh kerajaan Malaysia sendiri mempunyai beban hutang dan tanggungan yang melebihi RM1 ribu billion atau RM1 trilion sementara kerajaan Amerika mempunyai beban hutang melebihi USD22 trilion atau hampir RM90 trilion. Pendapatan kerajaan di seluruh dunia juga akan meleset kerana kutipan cukai juga akan menurun apabila banyak syarikat jatuh muflis atau mengalami kerugian. Dalam kes Malaysia pendapatan kerajaan daripada sumbangan Petronas juga dijangka menurun kerana harga minyak yang sudah jatuh ke bawah paras USD30 se tong.
Di dalam keadaan di mana hutang di seluruh dunia daripada semua sektor adalah berjumlah lebih daripada USD250 trilion (atau lebih dari RM1 quadrillion), maka sudah tentu kemelesetan ekonomi ini akan mengakibatkan krisis hutang yang sangat serius di masa akan datang yang akan melibatkan sektor kerajaan, swasta dan isi rumah.
Pendek kata, dalam beberapa bulan lagi walaupun inshaAllah ramai daripada pesakit COVID-19 di seluruh dunia akan kembali sembuh kerana paru-paru mereka akan kembali pulih dan mereka juga akan boleh bernafas dengan lega, namun malangnya dari aspek kewangan pula, ramai dari kalangan kita akan berada dalam keadaan yang semakin tenat dan mungkin tidak akan dapat bernafas langsung untuk tempoh masa yang sukar diramalkan dengan tepat dan yakin. Sebagai rumusan, apabila industri hutang dibiarkan berkembang, maka masalah wabak atau apa-apa bencana akan melipatgandakan kesengsaraan manusia. Hanya pemilik industri hutang sahaja yang mungkin masih boleh hidup dengan selesa di celah-celah kesengsaraan tersebut.
* Prof Mohd Nazari Ismail bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya. Beliau telah menghasikan beberapa buku, yang terkini bertajuk “Membujur Lalu Berhutang Parah – Kesan Industri Perbankan Ke atas Masyarakat global”.
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sat Mar 21 2020
Kita perlu sedar bahawa wabak COVID ini telah memberi kesan ekonomi yang sangat teruk kepada banyak sektor, terutama sekali apabila beberapa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan langkah 'kawalan pergerakan'. - Gambar hiasan
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.