awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Antibodi pesakit sembuh dalam Kluster Sungai Lui rendah

Bernama
Bernama
14/07/2020
13:00 MYT
COVID-19: Antibodi pesakit sembuh dalam Kluster Sungai Lui rendah
DR NOOR HISHAM: Sepatutnya mereka yang dijangkiti COVID-19 mengalami peningkatan antibodi sehingga 80 peratus. - BERNAMA
Kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke atas mereka yang sembuh daripada COVID-19 dalam kluster Sungai Lui mendapati kehadiran antibodi yang rendah, iaitu hanya 20 peratus, yang bermakna mereka boleh dijangkiti kembali.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian dari negara lain turut mendapati mereka yang dijangkiti COVID-19 berhadapan dengan antibodi yang semakin berkurangan selepas lapan minggu pulih.
"Sepatutnya mereka yang dijangkiti COVID-19 mengalami peningkatan antibodi sehingga 80 peratus," katanya kepada pemberita pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM di sini, pada Selasa.
Oleh itu, katanya, Malaysia sedang menimbang untuk menjalankan kajian fasa ketiga mengenai COVID-19 dalam mencari kaedah terbaik untuk merangsang antibodi yang berkekalan pada pesakit yang sudah sembuh.
BACA: COVID-19: Malaysia catatkan 4 kes baharu, tiada penularan tempatan
Mengulas mengenai sifar penularan tempatan kes COVID-19 pada Selasa Dr Noor Hisham berkata ia menepati unjuran modelling KKM sebelum ini yang menyatakan pada tarikh ini kes penularan tempatan adalah sifar.
"Kes positif COVID-19 baharu pada Selasa adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang kita tidak dapat kawal," katanya lagi.
Ditanya mengenai kebimbangan KKM pada masa ini, Dr Noor Hisham berkata beliau khuatir rakyat mula leka dan kembali kepada kehidupan normal tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Barah virus (COVID-19) itu ada lagi dan boleh merebak atau kembali kalau kita leka dan tidak ambil tindakan pencegahan atau jaga kebersihan," katanya.
Ditanya sama ada KKM bercadang menjadikan pemakaian pelitup muka sebagai mandatori, Dr Noor Hisham berkata KKM tidak berhasrat untuk menggunakan kaedah sebegitu.
"Bagaimanapun, KKM amat menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka terutamanya ketika berada di tempat awam," katanya lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#antibodi
#bekas pesakit rendah
#COVID-19
#dijangkiti kembali
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#KKM
#Kluster Sungai Lui
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan