awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Organisasi bantuan beri amaran lebih banyak 'kematian beramai-ramai' di Sudan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bekalan makanan di Sarawak mencukupi, termasuk di luar bandar - Abang Jo

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2020
14:09 MYT
COVID-19: Bekalan makanan di Sarawak mencukupi, termasuk di luar bandar - Abang Jo
Bekalan makanan di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar tidak terjejas. - Foto Astro AWANI
Bekalan makanan di Sarawak termasuk di kawasan luar bandar tidak terjejas.
Perkara itu disahkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu sidang media Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sarawak di Bilik Gerakan Wisma Bapa Malaysia malam ini/.
Tegas Abang Johari, setakat ini, bekalan makanan di seluruh Sarawak mencukupi dan tiada masalah agihan di kawasan-kawasan di negeri itu.
"Buat masa ini, tiada (bekalan makanan). Kita tidak ada masalah bekalan makanan kerana ia hanya dua minggu sahaja (perintah kawalan pergerakan).
"(Bagaimanapun) kita akan memantau jika ada masalah bekalan makanan di Sarawak. Kita akan buat apa yang terbaik untuk pastikan rakyat tidak terjejas," katanya.
Ditanya mengenai perintah kawalan pergerakan sekiranya ada orang ramai yang travel dari saru daerah ke daerah lain, Abang Johari menjelaskan individu terbabit perlu melakukan kuarantin sendiri di lokasi terakhir.
Pada Selasa, dua kematian direkodkan ekoran penularan wabak COVID-19.
BACA: Malaysia catat dua kematian COVID-19
Salah seorang daripada mangsa yang meninggal dunia adalah seorang paderi berusia 60 tahun dari Kuching Sarawak.
Turut ditanya mengenai prosedur pengebumian paderi itu, Abang Johari menjelaskan proses berkenaan mengikut prosedur Jabatan Kesihatan.
"Kita menyerakan kepada Jabatan Kesihatan untuk menguruskan perkara ini kerana mereka ada prosedur yang perlu dipatuhi," katanya.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#COVID-19
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Ketua Menteri
#Ketua Menteri Sarawak
#luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan