Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Beri peluang pelajar IPT tangguh pengajian - Syed Saddiq

COVID-19: Beri peluang pelajar IPT tangguh pengajian - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, meskipun kerajaan mengumumkan inisiatif 1GB internet percuma setiap hari, namun, masih ada lagi kawasan pedalaman tidak mempunyai akses tersebut. - Gambar BERNAMA

SEMUA institut pengajian tinggi (IPT) diminta untuk memberi kelonggaran kepada mana-mana pelajar yang tidak boleh meneruskan kelas secara dalam talian untuk menangguh sementara pengajian bagi semester ini.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini kerana, terdapat mahasiswa yang mungkin berdepan kesukaran untuk meneruskan kelas secara maya berikutan tidak mempunyai akses komputer atau internet di rumah

Menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, meskipun kerajaan mengumumkan inisiatif 1GB internet percuma setiap hari, namun, masih ada lagi kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses tersebut.
 


"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak IPT menjalankan kelas dalam talian bagi memastikan mahasiswa tidak ketinggalan dan saya amat teruja melihatkan para pensyarah yang sanggup belajar menggunakan platform 'online' untuk mengajar.
"Bukan mereka pilih untuk tidak turut serta dalam 'online class'. Tapi situasi mereka yang tidak mengizinkan.

"Bayangkan betapa sukarnya untuk mereka belajar atau turut serta dalam 'online class' dalam keadaan bersesak di rumah dengan talian yang kerap terputus-putus dan berdepan keadaan tidak kondusif di rumah," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Isnin.


 


Tag: Twitter, Muar, Parlimen, pelajar, kerajaan, sukan, menteri, rumah, koronavirus, COVID-19, Tanggung Pengajian



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.