awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bukan diskriminasi di taska, tetapi elak jangkitan kepada anak-anak bukan petugas hadapan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/05/2020
10:42 MYT
COVID-19: Bukan diskriminasi di taska, tetapi elak jangkitan kepada anak-anak bukan petugas hadapan
Kementerian Kesihatan sentiasa menitik berat keselamatan memandangkan petugas barisan hadapan KKM juga diklasifikasikan kumpulan berisiko tinggi. - Foto Astro AWANI
Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tiada isu pengasingan dan diskriminasi membabitkan anak-anak petugas barisan hadapan yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (Taska).
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah tersebut diambil bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan anak-anak bukan petugas barisan hadapan.
Jelas beliau, kementerian sentiasa menitik berat kepada keselamatan memandangkan petugas barisan hadapan KKM juga diklasifikasikan sebagai kumpulan berisiko.
“Jadi mengikut garis panduan CDC (Centers for Disease Control) di Amerika Syarikat ialah untuk taska dan sebagainya adalah perlu melihat kepada risiko tersebut, tetapi yang perlu ditekankan ia bukan diskriminasi atau sekat datang ke taska, tetapi kita khaskan satu tempat untuk kanak-kanak barisan hadapan Kementerian Kesihatan.
“Contohnya kalau taska di hospital, kanak-kanak warga kerja KKM tiada masalah kerana kumpulan sama tetapi kalau bergaul dengan kanak-kanak lain kita kena khaskan tempat untuk mereka.
“Jadi, ia bukan pengasingan tetapi khaskan satu tempat untuk kanak-kanak warga kerja KKM itu yang kita nak titik beratkan. Jadi, kita memberi perhatian dan pengawasan khusus kepada anak-anak barisan hadapan, itu sahaja,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Setakat ini, Dr Noor Hisham berkata cadangan berhubung peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu masih belum dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, KKM sedang mendapatkan maklum balas daripada petugas barisan hadapan berhubung cadangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan