PAKEJ rangsangan komprehensif 250 billion ini yang ditunggu-tunggukan dalam keadaan kebuntuan ekonomi dan kebahayaan COVID-19 serta pelaksanaan MCO.
Negara sedang dalam krisis dan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah B40 menderita.
Ini adalah masa bagi Kerajaan untuk menerajui dan mengeluarkan pakej rangsangan yang berani dan komprehensif untuk membantu berjuta-juta rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan.
Pakej Rangsangan yang bertujuan untuk "tidak meminggirkan sesiapa di belakang" telah diterima secara umum oleh kumpulan miskin dan berpendapatan rendah.
Kerajaan dijangka akan menangani masalah rakyat dan membantu memimpin rakyat melalui masa sukar ini.
Mewujudkan Pakej Rangsangan adalah satu perkara. Cabarannya adalah terletak pada pelaksanaan rancangan dan pakej.
Apa yang sangat penting ialah memastikan semua rancangan dan pakej dilaksanakan melalui tadbir urus yang baik, ketelusan, dan penghapusan semua kebocoran.
Keputusan untuk menaikkan elaun khas dari RM400 hingga RM600 sebulan dari April 2020 sehingga berakhirnya wabak adalah sangat sesuai untuk pekerja barisan hadapan ini agar mereka bekerja dengan berani dan tanpa mengenal penat lelah untuk menangani kes COVID-19 dan menyelamatkan nyawa. Malah, mereka harus diberi lebih banyak.
Elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada Polis, Tentera, Angkatan Pertahanan Awam dan Rela yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan MCO adalah dialu-alukan memandangkan tugas mencabar yang dijalankan oleh mereka.
Saya juga menyokong bantuan yang diberikan kepada peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan bawah.
Bagi penjawat awam yang akan diberikan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam dalam Gred 56 dan ke bawah. Saya berpendapat bahawa ini boleh diberikan kumpulan-kumpulan yang lebih memerlukan.
Apa sekalipun, bantuan tunai hanya perlu untuk golongan penjawat awam yang berpendapatan rendah tetapi bukan untuk mereka yang sudah mendapat gaji tinggi. Selain itu, mereka sedang bekerja dan tidak akan kehilangan pendapatan yang mana Pakej Rangsangan sepatutnya ditangani.
Yang mendukacitakan ialah tidak ada pakej spesifik untuk membantu pihak majikan yang mengalami kerugian untuk terus kekal dalam perniagaan dan tidak menghentikan pekerjaan.
TAN SRI LEE LAM THYE
Pengerusi
Ikatan Komuniti Selamat
Kenyataan Media
Thu May 28 2020
Mewujudkan Pakej Rangsangan adalah satu perkara, cabarannya adalah terletak pada pelaksanaan rancangan dan pakej. - Bernama
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang akan datang
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,
Perak hilang pendapatan jika Kerajaan terus larang eksport
Perak akan kehilangan pendapatan jika Kerajaan Persekutuan terus melarang pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, negeri itu memperolehi royalti RM25.2 juta hasil eksport bahan mentah berkenaan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, negeri itu memperolehi royalti RM25.2 juta hasil eksport bahan mentah berkenaan.
'Pegangan saham dalam HeiTech Padu milikan bersama Sultan Kelantan'
Farhash Wafa Salvador menjelaskan pegangan saham yang dimiliki dalam syarikat penyedia perkhidmatan teknologi, HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd, adalah milikan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh didakwa 2 tuduhan berbohong kepada Parlimen
Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen Singapura.
Cuaca panas: Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan diminta memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan semasa cuaca panas.
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.