Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Data klinikal wajar dikongsi untuk rangka kaedah sasaran bertumpu - Dr Dzulkefly

COVID-19: Data klinikal wajar dikongsi untuk rangka kaedah sasaran bertumpu - Dr Dzulkefly
DR DZULKEFLY: KKM wajar berkongsi data klinikal berhubung pesakit dengan agensi di peringkat negeri supaya pendekatan yang lebih bersasar dapat dirangka bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) wajar berkongsi data klinikal berhubung pesakit dengan agensi di peringkat negeri supaya pendekatan yang lebih bersasar dapat dirangka bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata data yang dimaksudkan tidak tergolong dalam kategori data peribadi.
"Kami menghormati perlindungan data peribadi. Namun, data yang diperlukan ini akan membantu agensi di peringkat negeri untuk melakukan analisis relevan agar kita dapat menyasarkan dengan lebih tertumpu, terutamanya untuk usaha ujian pengesanan," kata beliau ketika ditemu bual dalam sesi Consider This pada Selasa malam.

Menurut beliau, buat masa ini, tiada perkongsian data dibuat antara KKM dengan Pasukan Petugas COVID-19 Selangor yang diketuai beliau.
Apabila ditanya mengapa data tidak dikongsi, Dr Dzulkefly menjawab KKM teragak-agak untuk berkongsi data dengan pihaknya.