Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: DBKU arah penjaja tepi jalan tutup gerai

COVID-19: DBKU arah penjaja tepi jalan tutup gerai
DBKU mahu penjaja tepi jalan akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang penularan COVID-19. - Foto Wikipedia
KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengarahkan semua gerai penjaja di kawasan persendirian dan di tepi jalan ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi.

Arahan dikeluarkan Pengarah DBKU menerusi satu notis perintah bertarikh 22 Mac 2020.

Ia selaras pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 hingga 31 Mac depan.

Arahan ini juga merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertarikh 20 Mac.
Ia berkuatkuasa sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Notis arahan penutupan gerai tepi jalan dan kawasan persendirian yang dikeluarkan DBKU
Pada Khamis, Kerajaan Negeri Sarawak mengeluarkan arahan agar semua kedai makanan dan minuman untuk menutup perniagaan pada jam lapan malam.

BACA: Operasi semua restoran makanan segera di Sarawak dihadkan sehingga 8 malam

Arahan ini melibatkan semua gerai menjual makanan dan minuman, kopitiam, kedai minum dan kedai makan di seluruh Sarawak.