awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua kes baharu direkodkan hari ini melibatkan warganegara Malaysia

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
03/08/2020
09:26 MYT
COVID-19: Dua kes baharu direkodkan hari ini melibatkan warganegara Malaysia
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kedua-dua kes baharu itu adalah kes penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Kes baharu positif COVID-19 di negara ini kembali mencatatkan satu angka selepas dua kes baharu direkodkan pada Isnin.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 9,001 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes baharu itu adalah kes penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia.
BACA: COVID-19: Kes positif kembali satu angka, berikut tumpuan sidang media KKM
Berikut adalah perincian dua kes penularan tempatan tersebut;
• Kedah: satu kes daripada Kluster PUI Sivagangga
• Wilayah Persekutuan Labuan: satu kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar Kolej. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini adalah 208 kes.
Pada masa sama, terdapat empat kes telah pulih dilaporkan pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 8,668 kes (96.3 peratus).
Sehingga kini, terdapat satu kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kes positif
#Kluster Sivagangga
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan