awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, Kluster Kurau, Meranti

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2020
09:59 MYT
COVID-19: Dua kluster baharu dikesan, Kluster Kurau, Meranti
Dr Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti dua kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Kurau dan Kluster Meranti.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes positif dikesan dalam Kluster Kurau dengan kes pertama dilaporkan pada 7 Ogos lalu.
"Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9,082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9,050, di mana dia telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat.
"Susulan itu, dia sekeluarga yang berada di Pulau Pinang turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, dia dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarganya yang disaring setakat ini iaitu lima orang pula negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Setakat ini, 115 individu kontak rapat telah disaring dan daripada jumlah itu, 106 negatif manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan.
"Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan," ujarnya lagi.
Sementara itu, Kluster Meranti pula dikesan membabitkan kes ke-9,083 iaitu seorang petugas kesihatan yang disahkan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020.
"Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8,968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan prapembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020).
"Setelah disiasat, kes ke-8,968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9,083 telah bertugas," tambahnya lagi.
Justeru, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dengan 15 individu telah disaring sehingga kini.
Katanya, punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan.
BACA: Dua kluster baharu dikesan. Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#keluarga
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan