Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Elak salam, cium ibu bapa di Hari Raya Aidilfitri

COVID-19: Elak salam, cium ibu bapa di Hari Raya Aidilfitri
Sementara itu, bagi individu yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman, Dr Noor Hisham berkata, anggaplah ia sebagai satu pengorbanan kepada negara.
PUTRAJAYA: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitiri yang bakal disambut umat Islam esok, orang ramai disarankan agar tidak bersalaman atau mencium ibu bapa khususnya warga emas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah tersebut bagi memastikan jangkitan pandemik COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi dapat dikekang.

“Apa yang penting dalam musim perayaan ini kita boleh memutuskan rantaian COVID-19.

“Jadi, dengan tindakan yang positif iaitu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan, mungkin kita boleh mengurangkan jangkitan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Sementara itu, bagi individu yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman, Dr Noor Hisham berkata, anggaplah ia sebagai satu pengorbanan kepada negara.

“Jadi kita menasihatkan mereka, ini merupakan satu pengorbanan mereka kepada negara supaya sama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” ujar beliau.
Sebelum itu, Dr Noor Hisham dalam sidang media sama memaklumkan 23 kes jangkitan COVID-19 dikesan di beberapa pusat jagaan orang-orang tua.

Daripada jumlah tersebut, 13 kes melibatkan penghuni, sementara 10 lagi membabitkan petugas di pusat jagaan.


Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, warga emas, Kementerian Kesihatan, Media, kesihatan, hari raya, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.