awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2020
11:01 MYT
COVID-19: Elektrik tidak dipotong jika lewat bayar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar yang dihadapi oleh rakyat berikutan penularan wabak COVID-19, pengguna yang lewat membayar bil elektrik tidak akan dipotong sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. - Gambar fail
Tidak ada pemotongan bekalan bagi pengguna-pengguna yang lewat membayar bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn Bhd telah bersetuju untuk memberi kelonggaran ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
"Sebagai industri yang prihatin dengan cabaran besar yang dihadapi oleh rakyat berikutan penularan wabak COVID-19 ini, saya ingin mengumumkan bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. tidak akan membuat pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna-pengguna yang lewat membayar elektrik bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran penularan wabak COVID-19, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuatkuasa pada Rabu.
Perintah tersebut melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Shamsul Anuar Nasarah
#elektrik
#Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
#perintah kawalan pergerakan
#Sabah Electricity Sdn Bhd
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan