awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
Kes 1MDB: Bebas atas tidak Najib kekal di Penjara Kajang, jalani hukuman kes SRC International
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Enggan jalani saringan, Polis Labuan terpaksa guna kekerasan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/03/2020
03:19 MYT
COVID-19: Enggan jalani saringan, Polis Labuan terpaksa guna kekerasan
Polis dan pasukan perubatan dari Hospital Labuan terpaksa menggunakan kekerasan ke atas seorang lelaki yang enggan menjalani ujian saringan dan kuarantin Covid-19.
Polis dan pasukan perubatan dari Hospital Labuan terpaksa menggunakan kekerasan ke atas seorang lelaki yang enggan menjalani ujian saringan dan kuarantin COVID-19.
Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, pihaknya terpaksa menggunakan kekerasan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi tujuan ujian saringan COVID-19 secara paksa ke atas lelaki berusia 68 tahun itu.
“Lelaki itu sangat diperlukan hadir ke hospital untuk ujian saringan dan menjalani kuarantin berikutan dia merupakan bapa (kontak pertama) kepada salah seorang ahli jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling dan mereka tinggal serumah.
“Lelaki itu telah diarahkan hadir secara sukarela bagi menjalani saringan pada 17 Mac namun tidak berbuat demikian hingga memaksa pasukan perubatan pergi ke rumahnya di Taman Mutiara Sg Bedaun, Bebuluh, Labuan.
“Sekali lagi, lelaki itu enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa pasukan perubatan meminta bantuan polis untuk membawa dia ke hospital mengikut Seksyen 15 (2) Akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, lelaki itu akhirnya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian COVID-19 dan kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 11 saat yang memaparkan polis terpaksa menggunakan kekerasan dengan ke atas seorang lelaki ekoran ingkar arahan untuk hadir ke hospital bagi menjalani ujian saringan dan kuarantin.
Topic Berkaitan
#Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
#COVID-19
#Hospital Labuan
#kekerasan
#Ketua Polis Daerah Labuan
#kontak pertama
#kuarantin
#pasukan perubatan
#polis
#Superintendan Muhamad Farid Ahmad
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan