Malaysia mula mencatatkan kes pertama COVID-19 membabitkan tiga warga China yang memasuki negara melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari lalu.
Berikutan perkembangan itu, pada 25 Januari, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak melancong ke negara China jika tiada sebarang keperluan atau urusan penting bagi mengelakkan berlakunya jangkitan koronavirus berkenaan.
Susulan kejadian itu juga, pihak kerajaan mula merancang dan melaksanakan sistem pengesanan suhu badan di pintu masuk negara pada sehari selepas kes pertama dalam negara dicatatkan.
Sejak itu, penularan COVID-19 di negara ini mencatatkan peningkatan secara berperingkat, hingga melepasi 1,100 kes setakat Sabtu (21 Mac).
Lebih mendukacitakan, Malaysia sudah termasuk dalam senarai negara-negara terkesan sedunia, yang mencatatkan kematian pesakit akibat jangkitan COVID-19.
Demi mengelakkan penularan wabak semakin berleluasa dan lebih parah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengambil inisiatif dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
Bermula 22 Mac, jam 12:01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dan gerakan tersebut dilihat sebagai satu langkah positif bagi membendung penularan COVID-19.
Berikut adalah imbasan rekod lapan kes kematian yang disahkan oleh KKM selepas hampir dua bulan negara digegarkan dengan ancaman pandemik COVID-19:-
Kes pertama
- Melibatkan kes ke-178, iaitu seorang lelaki warga Malaysia di Johor berumur 34 tahun, yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling (yang dianjurkan selama 27 Februari hingga 1 Mac).
- Didapati bergejala mulai 5 Mac (12 hari sebelum meninggal dunia) dan telah dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19.
- Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU.
- Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.
Kes kedua
- Melibatkan kes ke-358, iaitu seorang lelaki warga tempatan yang juga paderi berusia 60 tahun di Sarawak dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
- Mula bergejala pada 7 Mac (10 hari sebelum meninggal dunia) dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.
- Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.
- Disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.
Kes ketiga
- Membabitkan pesakit daripada kes ke-152, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, daripada kluster jemaah tabligh.
- Mula bergejala pada 9 Mac lalu (11 hari sebelum meninggal dunia) dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection (Jangkitan Pernafasan Akut Teruk), selain diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
- Disahkan meninggal dunia pada jam 6:27 petang, 20 Mac.
Kes keempat
- Membabitkan kes ke-238, seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.
- Dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac 2020 dengan gejala angkitan Pernafasan Akut Teruk.
- Diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi dan ketika dalam penjagaan di unit rawatan rapi (ICU).
- Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac, jam 1.30 pagi.
Kes kelima
- Melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia
- Mengalami demam dan batuk selama 5 hari dan telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac.
- Pada hari kedua, dipercayai mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan.
- Dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020.
- Mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.
Kes keenam
- Melibatkan anak perempuan kes kematian kelima.
- Seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun.
- Mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020 dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020.
- Disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.
- Disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.
Kes ketujuh
- Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.
- Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.
- Keadaan kesihatan mula merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan.
- Disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac.
Kes kelapan
- Melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh.
- Dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020.
- Kemudian, dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.
- Disahkan meninggal dunia pada 21 Mac pada jam 4.00 petang.
Daripada jumlah ini, seramai empat individu dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling yang dilaporkan disertai belasan ribu orang.
Faris Danial Razi
Sat Mar 21 2020
Malaysia sudah termasuk dalam senarai negara-negara terkesan sedunia, yang mencatatkan kematian pesakit akibat jangkitan COVID-19. - Facebook/ Noor Hisham Abdullah
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.