awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: GLC dan GLIC kumpul dana RM40 juta bantu KKM

Aza Jemima Ahmad
Aza Jemima Ahmad
23/03/2020
12:17 MYT
COVID-19: GLC dan GLIC kumpul dana RM40 juta bantu KKM
Langkah ini diambil bagi memberikan sokongan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Foto Astro AWANI
Rangkaian Tindak Balas Bencana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau GDRN mengumpul dana berjumlah RM40 juta bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak COVID-19, setakat ini.
Menurut Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari daripada jumlah itu RM17 juta akan diperuntukkan khusus untuk pembelian bekalan perubatan termasuk alat pelindung diri (PPE) bagi memenuhi keperluan KKM serta hospital awam dan institusi.
Ujar beliau, penyelarasan dan pelaksanaan pemerolehan, pengendalian, pergudangan dan pengedaran akan dilakukan melalui PharmaNiaga Bhd.
"Kami merasakan bahawa bantuan sokongan ini harus diselaraskan bagi mengelak pertindihan usaha dan lebihan bekalan. Kami berharap platform ini akan membolehkan pendekatan yang lebih selaras untuk membantu KKM dan negara dalam tempoh yang sukar ini.
“Pada masa ini, Yayasan Hasanah menyelaraskan usaha dengan GLC dan GLIC di bawah GDRN dan mengalu-alukan semua sektor swasta untuk memberikan sokongan mereka ke arah usaha bersama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut Shahira berkata, terdapat beberapa ahli GDRN sebelum ini telah melaksanakan bantuan sokongan berjumlah RM23 juta termasuk pengedaran bekalan makanan, kit kebersihan dan peralatan perubatan kepada hospital-hospital termasuk Pusat Kesihatan Daerah; universiti yang masih menempatkan pelajarnya di kampus dan pusat pengawasan yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Katanya, komitmen GDRN untuk menyokong perjuangan melawan COVID-19 akan diteruskan biarpun selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir kerana ia merancang untuk membantu masyarakat bawahan dan B40 yang terjejas dengan wabak itu untuk jangka panjang.
Kata beliau, ini selaras dengan tujuan penubuhan GDRN, iaitu untuk memastikan tindak balas holistik dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang pada masa bencana seperti yang dapat disaksikan daripada sokongannya di seluruh negara di antara tahun 2013 hingga 2019.
Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menyumbang menerusi GDRN dan Yayasan Hasanah boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian +6019-2782707 atau emel [email protected].
Topic Berkaitan
#GLC
#Kementerian Kesihatan
#Khazanah
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan