Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah memberi sumbangan bernilai kira-kira RM60 juta dalam bentuk perubatan, peralatan perubatan serta peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata sektor korporat turut disarankan untuk mengikuti teladan GLC kerana semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan negara kita berjaya menangani wabak COVID-19.
"Kerajaan menyambut baik sumbangan dan derma yang dibuat oleh rakyat Malaysia serta sektor korporat dalam bersama-sama membantu menangani wabak tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan ini, beliau berkata kementerian telah meluluskan potongan cukai bagi sumbangan dan derma dalam bentuk tunai dan barangan yang dibuat kepada Tabung COVID-19 dan KKM.
Tengku Zafrul berkata proses penyediaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua 2020 sedang giat dijalankan dan akan mengambil kira maklum balas dari pelbagai pihak berkepentingan demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan syarikat sektor swasta dan kedayatahanan ekonomi negara dalam berdepan dengan cabaran COVID-19 serta ketidaktentuan ekonomi global.
Ia merupakan tambahan kepada pakej rangsangan RM20 bilion yang diumumkan pada bulan Februari lepas.
Katanya rakyat Malaysia juga turut dijemput memberi maklumbalas untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua melalui portal rasmi Kementerian Kewangan di http://pre2020.treasury.gov.my/
Beliau berkata beberapa inisiatif yang diumumkan pada bulan Februari lepas kini sedang berjalan lancar.
Antaranya ialah pengecualian cukai perkhidmatan untuk perhotelan berkuat kuasa 1 Mac, 2020 dan penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman oleh institusi kewangan bagi peminjam-peminjam yang terjejas, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan golongan B40.
Selain itu, inisiatif itu turut melibatkan dana pinjaman mudah sebanyak RM3.3 bilion disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu PKS mengekalkan operasi perniagaan, melindungi pekerjaan dan menggalakkan pelaburan domestik, katanya.
Selain itu, persiapan bagi langkah-langkah utama yang disasarkan untuk berkuatkuasa pada 1 April 2020 sedang berjalan lancar.
"Ini termasuklah langkah penangguhan bayaran ansuran bulanan cukai pendapatan bagi industri pelancongan, pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta pemberian diskaun bil elektrik. Berdasarkan peruntukan langsung kerajaan sebanyak RM3.2 bilion yang disediakan di bawah PRE 2020, sehingga 23 Mac 2020, sebanyak RM1.7 bilion telah disalurkan kepada kementerian dan agensi yang berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 23 2020
Tengku Zafrul berkata sektor korporat turut disarankan untuk mengikuti teladan GLC kerana semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan negara kita berjaya menangani wabak COVID-19. - Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.