Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Guna pendekatan "cash is king" untuk selamatkan ekonomi negara - Najib

COVID-19: Guna pendekatan "cash is king" untuk selamatkan ekonomi negara - Najib
Najib berharap kerajaan PN gunakan rizab dan kekayaan yang ada dengan sebaik-baiknya dengan segera untuk selamatkan negara dari krisis COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) menggunakan pendekatan "cash is king" seperti mana banyak negara lain yang menggunakan pendekatan tersebut untuk menyelamat ekonomi negara ketika berdepan krisis COVID-19.

"Satu persatu negara dalam dunia sedang menggunakan pendekatan "cash is king" untuk menyelamatkan ekonomi mereka dari krisis COVID.
"Kita juga harap kerajaan PN juga akan menggunakan cara yang sama pada skala yang paling besar mungkin dalam pakej rangsangan ekonomi tambahan hari ini untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi dipelihara dalam keadaan negara yang susah sekarang.

"Dan bantuan ini mesti mesti dipercepatkan," tulis beliau di Facebooknya.
Beliau turut memetik laporan The Edge pada 27 Februari lalu yang melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh menjana simpanan RM2 trilion untuk terus merangsang ekonomi.

Kata beliau, kerajaan tidak perlu bimbang untuk menggunakan rizab negara dan boleh membina semula kekayaan negara selepas krisis COVID-19 berakhir.

"Dulu kita mampu bina, masa depan pun kerajaan mampu bina semula.

"Inilah maksud sebenar "cash is king" yang sebelum ini pernah diputarbelit dan dihina oleh PH berulang kali sebelum PRU14:

"Dulu saya cuba jelaskan kepada dia, tapi dia tak mahu faham atau pura-pura tak mahu faham. Dia perli dan hina pula," katanya lagi.

Najib juga berharap kerajaan PN gunakan rizab dan kekayaan yang ada dengan sebaik-baiknya dan pada skala paling besar dengan segera untuk selamatkan negara dari krisis COVID-19.

Petang ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi membantu rakyat ketika negara berdepan krisis COVID-19.

 



Tag: COVID-19, Cash is King, Perikatan Nasional, ekonomi, rakyat, bantu, rizab negara, RM2 trilion, Najib Razak, Muhyiddin Yassin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.