Hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) perlu diubah, bagi diselarikan dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan COVID-19.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada negara serta industri pelancongan antarabangsa, memerlukan satu inisiatif dan strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.
Bagi tujuan itu, beliau berkata kementerian telah memanggil sebahagian besar daripada pengurus pemasaran Tourism Malaysia di luar negara untuk berkongsi pandangan dan merangka langkah terkini, yang boleh diambil bagi menangani kesan daripada penularan wabak tersebut.
"Pada masa ini, keprihatinan utama kita ialah wabak COVID-19 di China, yang boleh dan telah memberi kesan kepada sektor pelancongan tempatan dan global.
"Bagaimanapun, bencana yang melanda tanah besar China itu, boleh menjadi faktor yang menjejaskan kedatangan pelancong China ke Malaysia, sekali gus memberi kesan kepada TMM2020," katanya pada majlis makan malam sempena persidangan Pengurus Pemasaran Tourism Malaysia di luar negara, di sini pada Isnin.
Persidangan selama empat hari bermula hari ini anjuran bersama Tourism Malaysia dan Malaysia Airport Holdings Berhad itu, dihadiri 26 Pengurus Pemasaran serta 11 Pengarah Pejabat Luar Negara. Ketika ini, terdapat 34 Pengurus Pemasaran Tourism Malaysia di luar.
Mohamaddin berkata China merupakan pasaran tradisi dan penting bagi Malaysia, menjadikan ia antara 10 negara utama menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara, melalui sektor pelancongan.
Beliau berkata atas faktor itu, strategi berkesan serta pelan tindakan pemulihan perlu dibangunkan, untuk kempen TMM2020, khusus bagi menangani kesan susulan daripada COVID-19, yang secara langsung menjejaskan industri pelancongan negara.
Mohamaddin berkata untuk tempoh sementara, pengurus pemasaran Tourism Malaysia serta pihak yang berkenaan perlu beralih fokus kepada pasaran tidak terjejas dengan wabak itu, seperti di rantau ASEAN, India, Asia Barat serta Korea Selatan.
Kementerian berharap persidangan ini akan dapat menghasilkan satu langkah atau hala tuju lebih berkesan, dalam meningkatkan aliran trafik pelancong daripada pasaran antarabangsa, ketika kerajaan bekerja keras menangani penularan COVID-19, katanya.
Susulan wabak COVID-19 di China, kerajaan pada 27 Jan lepas memutuskan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat negara itu dari Wilayah Hubei, termasuk Bandar Wuhan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 17 2020
Hala tuju dan promosi TMM2020 perlu diubah bagi diselarikan dengan situasi COVID-19, kata Mohamaddin. - BERNAMA
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.