awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Hanya 10 kes baharu, rekod jangkitan harian paling rendah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/05/2020
09:51 MYT
COVID-19: Hanya 10 kes baharu, rekod jangkitan harian paling rendah
Tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto Astro AWANI
Malaysia hanya merekodkan 10 kes baharu jangkitan COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari Khamis, sekali gus menjadi bilangan kes harian paling rendah setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes tersebut melibatkan penularan tempatan dengan lima kes adalah warga asing.
Selain itu, tiada kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
"Sehingga 28 Mei jam 12 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,629 kes.
"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,345 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes iaitu 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
"Ingin dimaklumkan bahawa kesemua 10 kes baharu yang dilaporkan adalah penularan tempatan, dengan lima kes adalah bukan warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara," katanya pada sidang media harian perkembangan penularan wabak COVID-19 di sini pada Khamis.
Selain itu katanya, terdapat 86 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 6,169 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#koronavirus
#perkembangan terkini COVID
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan