awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ini nasihat mulakan perniagaan untuk graduan, individu hilang kerja

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/05/2020
09:11 MYT
COVID-19: Ini nasihat mulakan perniagaan untuk graduan, individu hilang kerja
Graduan dan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, drophsip dan menjadi ejen produk. - Gambar Astro AWANI
Graduan dan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid mencadangkan mereka menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam mendepani COVID-19.
“Saya cadangkan kepada golongan terkesan, gunakan apa yang ada sahaja dahulu. Boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang diguna seharian, mungkin makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah.
“Ambil benda mudah dulu yang modal tidak besar. Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship, ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
“Ketiga, kita boleh guna online. Kita boleh jual apa saja barang yang ada di sekeliling kita, contoh baju raya, barang dapur yang tak pakai, jual saja. Akan ada orang yang beli sebab 'sampah di mata' kita, mungkin ada nilainya pada orang lain,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, untuk menjadi usahawan dalam masa singkat, mereka perlu belajar cara untuk menjual dan dalam masa sama memiliki sedikit ilmu kewangan supaya mereka boleh bertahan dengan impak pandemik berkenaan.
Sementara itu, Azharee menegaskan dalam dunia perniagaan, risiko memang sentiasa wujud.
“Risiko memang kita kena ambil walaupun sedikit, hilang duit ke, lakukan sahaja. Ambil benda yang mudah, benda yang kita boleh jual untuk jana pendapatan.
“Asalkan dapat sikit pendapatan, guna pendapatan itu untuk jana pendapatan lain. Apa yang penting, anda perlu kekal tenang dan kekal positif,” katanya.
Topic Berkaitan
#affiliate
#Akademi Usahawan Mikro
#Astro
#Astro Awani
#AUM
#Azharee Wahid
#COVID-19
#ejen
#hilang
#offline
#online
#rumah
#survival
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan