Rakyat dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja dan perlu merebut peluang pekerjaan yang ada, ketika dunia berdepan dengan kelembapan ekonomi pada masa ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.
Beliau berkata, kementeriannya komited untuk memastikan rakyat, terutamanya yang kehilangan pekerjaan, untuk dapat bekerja semula dalam situasi sekarang, dengan melaksanakan pelbagai usaha antaranya perbincangan dengan pihak industri dan syarikat perniagaan terlibat.
Menurutnya, graduan institusi pengajian tinggi terutamanya yang mempunyai pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dilihat antara yang terkesan dengan situasi itu, dan golongan itu juga tidak boleh terlalu memilih, sedangkan peluang pekerjaan terbuka kepada mereka.
"Pihak industri dan syarikat di negara ini bersetuju untuk mengambil pekerja tempatan dengan syarat mereka boleh bekerja dan memberi komitmen dan ia dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Saravanan melawat industri di Xinyi Solar (Malaysia) Sdn Bhd di Lipat Kajang di sini, dan dalam lawatan itu beliau turut meninjau pelaksanaan normal baharu serta pematuhan dan pengendalian prosedur operasi standard (SOP), di kawasan tempat kerja dan penempatan pekerja.
Beliau berkata, kementeriannya juga pada masa ini sedang mengkaji permintaan serta keperluan pekerja asing bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dan pada masa sama keperluan tenaga kerja pemain industri negara ini dapat dipenuhi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
SARAVANAN: Pihak industri dan syarikat di negara ini bersetuju untuk mengambil pekerja tempatan dengan syarat mereka boleh bekerja dan memberi komitmen. - Gambar fail
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.
10 tahun menanti, pasangan suami isteri kini bergelar 'Doktor'
Mohd Akhmarudi dan Musliza dari Bachok, Kelantan berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah, graduan perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.
Graduan UUM disaran terajui usaha cegah rasuah
Baginda percaya UUM boleh memainkan peranan proaktif dalam memperkenal dan melaksanakan perancangan ini.
Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.