awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: JKNNS perjelas isu kekeliruan arahan ujian saringan di Sendayan

Astro Awani
Astro Awani
15/04/2020
13:28 MYT
COVID-19: JKNNS perjelas isu kekeliruan arahan ujian saringan di Sendayan
Pengarahnya, Datin Dr Harlina Abdul Rashid berkata, sementara bagi mana-mana individu yang tidak menerima arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, tidak perlu hadir.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menegaskan bahawa hanya individu yang telah diarahkan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Seremban sahaja yang perlu hadir menjalani saringan ujian COVID-19.
Pengarahnya, Datin Dr Harlina Abdul Rashid berkata, sementara bagi mana-mana individu yang tidak menerima arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, tidak perlu hadir.
Sehubungan itu, tegasnya Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan beberapa siri aktiviti saringan dalam kalangan kontak rapat pesakit COVID-19 di Bandar Sri Sendayan.
“Di samping itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban juga telah membuat proses nyahkuman di beberapa buah lokasi yang telah dikenalpasti di Bandar Sri Sendayan pada 14 dan 15 April 2020 dengan kerjasama agensi-agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Bandaraya Seremban serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” demikian katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu, Astro AWANI menerusi satu pautan di laman Twitter menyatakan seramai 8,000 penduduk di lebih 20 taman sekitar Sendayan diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan.
Justeru, Astro AWANI memohon agar melalui penjelasan ini, ia tidak akan menimbulkan apa-apa lagi kekeliruan.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#COVID-19
#Negeri Sembilan
#Sendayan
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan