Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Jumlah kes dalam negara kekal 22, 20 sudah pulih sepenuhnya

COVID-19: Jumlah kes dalam negara kekal 22, 20 sudah pulih sepenuhnya
NOOR HISHAM: 20 orang daripada jumlah itu telah pulih sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari wad. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif kes positif penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia setakat hari ini kekal pada 22 kes.

Menurut kenyataan ringkas dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 20 orang daripada jumlah itu telah pulih sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari wad. Baki dua orang lagi, iaitu kes ke-16 dan kes ke-22, masih dalam rawatan di wad dan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, jumlah pesakit bawah siasatan (patient under investigation - PUI) yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat hari ini (Selasa) adalah 796 kes.

Saringan di pintu masuk antarabangsa negara tetap terus dipantau, di mana seramai 7,617,964 orang telah disaring dengan pengimbas suhu setakat 23 Februari 2020. Daripada jumlah itu, 27 daripadanya dirujuk ke hospital dan 2 disahkan positif COVID-19 iaitu kes ke-20 dan kes ke-22.
Kata Dr Noor Hisham lagi, pihaknya akan terus memantau perkembangan kejadian dalam negara juga melalui maklumat daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Tag: covid19, kkm, koronavirus, noor hisham abdullah, kes positif, malaysia, jangkitan, kesihatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.