Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM

COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Ismail Sabri berharap, semua agihan semula dana berkenaan dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan kebajikan veteran ATM. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA:
Kementerian Pertahanan akan mempercepatkan bayaran insentif kepada veteran Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran berkenaan membabitkan tiga jenis pembayaran iaitu  Kutipan Jalanan dan Matching Grant serta insentif, bayaran elaun kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Skim Bantuan Kebajikan iaitu Bantuan Sara Hidup.
"Pada akhir bulan ini, sebanyak 74 Persatuan Veteran ATM akan menerima semula dana Kutipan Jalanan termasuk Matching Grant serta insentif bagi persatuan veteran ATM yang layak ini melibatkan pengagihan dana Kempen Tabung Pahlawan 2019 berjumlah  RM5.3 juta.

"Pembayaran Elaun Kenangan  Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi fasa pertama telah selesai dilaksanakan pada 12 Mac 2020 melibatkan pembayaran kepada 30,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM15 juta. Pembayaran bagi fasa kedua telah dirancangkan pada bulan April 2020.
"Bagaimanapun, demi meringankan bebanan Veteran ATM susulan pengumuman arahan PKP kita  bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran fasa kedua elaun ini sebanyak RM500 secara one-off (sekali bayaran) pada minggu akhir bulan Mac 2020 kepada 40,000 penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM 20 juta.

"Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bantuan Sara Hidup sebanyak RM300 mulai 1 April secara bulanan kepada 4,800 penerima  yang layak dan telah memenuhi syarat," katanya dalam sidang akhbar, di sini pada Rabu.

Ismail Sabri berharap, semua agihan semula dana berkenaan dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan kebajikan veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.

"Diingatkan juga kepada Persatuan-Persatuan Veteran ATM agar dana ini hendaklah disalurkan kepada Veteran-Veteran ATM serta tanggungan yang layak dan memerlukan.

"Pemantauan akan dilaksanakan dalam memastikan dana ini diagihkan kepada veteran ATM yang layak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM," ujarnya.


Tag: ismail sabri yaakob, Media, keselamatan, menteri, koronavirus, COVID-19, ATM, VETERAN ATM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.