Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Kemudahan di bawah MOTAC ditutup sehingga 30 April - Nancy Shukri

COVID-19: Kemudahan di bawah MOTAC ditutup sehingga 30 April - Nancy Shukri
Nancy berkata penutupan dibuat dengan mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan bertujuan menyekat penularan wabak itu. Gambar fail.
KUALA LUMPUR: Semua kemudahan awam di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) ditutup berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 April ini sebagai langkah berjaga-jaga penularan jangkitan COVID-19.

Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan bertujuan menyekat penularan wabak itu.
"Semua ketua jabatan dan agensi telah diarah menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Premis yang terlibat ialah Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Perpustakaan Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).
Semalam, 190 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Seramai 35 orang telah sembuh daripada penyakit itu.

Dalam pada itu, Nancy turut menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan COVID-19 selari dengan usaha Kementerian Kesihatan. - BERNAMA


Tag: Nancy Shukri, Istana Budaya, Kementerian Kesihatan, koronavirus, covid-19, motac, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Jabatan Warisan Negara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.