awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kepatuhan rakyat Malaysia baik, mungkin lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/05/2020
09:52 MYT
COVID-19: Kepatuhan rakyat Malaysia baik, mungkin lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi
Dr Noor Hisham berkata, kemungkinan kelonggaran akan diberikan kepada banyak lagi sektor yang melibatkan warganegara untuk kembali beroperasi. - Gambar hiasan
Data dan fakta yang dikumpul Kementerian Kesihatan (KKM) menunjukkan rakyat Malaysia mematuhi garis panduan yang ditetapkan dalam usaha mengelakkan penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jika kepatuhan itu berterusan, kementerian menjangkakan bahawa jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat dapat dikurangkan.
“Tetapi sekarang ini yang kita tengah fokus adalah kepatuhan dalam kalangan bukan warganegara.
“Kalau kita lihat trend begitu, setakat ini contohnya dah lapan hari kita meraikan hari raya Aildilfitri dan tiada peningkatan kes. Ini menunjukkan kepatuhan kepada SOP (prosedur operasi standard) dan kita jangkakan mungkin tidak ada peningkatan kes mendadak selepas hari raya,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.
Serentak dengan itu, beliau berkata, kemungkinan kelonggaran akan diberikan kepada banyak lagi sektor yang melibatkan warganegara untuk kembali beroperasi.
“Jadi, kalau kita dapat data begitu, kita mungkin memberi kelonggaran kepada sektor melibatkan rakyat Malaysia, salah satunya adalah pendaftaran,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan