awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan bawa masuk 10 juta topeng muka dari China untuk 'barisan hadapan' - Menteri Kanan

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2020
05:09 MYT
COVID-19: Kerajaan bawa masuk 10 juta topeng muka dari China untuk 'barisan hadapan' - Menteri Kanan
Keutamaan bekalan bagaimanapun akan diberikan kepada mereka yang berkhidmat di barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, anggota polis dan tentera. - Gambar fail
Susulan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran tempatan, kerajaan akan cuba mendapatkan bekalan 10 juta penutup hidung dan muka dari China, ujar Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Keutamaan bekalan bagaimanapun akan diberikan kepada mereka yang berkhidmat di ‘barisan hadapan’ seperti kakitangan kesihatan, anggota polis dan tentera.
"Isu sekarang ini ialah kurangnya bekalan topeng muka. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan Menteri-Menteri memutuskan, kita akan cuba dapat mendapatkan bekalan daripada China berjumlah 10 juta topeng muka.
"Ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan yang akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan yang akan bawa masuk secara beransur-ansur. Namun dalam 10 juta apabila sampai nanti akan diuruskan oleh NADMA, menguruskan pengagihan. Keutamaan pengagihan kepada frontilner iaitu pihak yang menguruskan hal COVID-19 iaitu KKM, di peringkat kebangsaan dan negeri, polis, tentera yang akan bersama frontiner," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Pengagihan 10 juta penutup muka dan hidung berkenaan akan diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Kalau ada lebihan 10 juta itu barulah akan diberikan kepada pasaran yang akan diuruskan oleh NADMA. NADMA akan bekerjasama dengan Pharmaniaga untuk diagihkan di pasaran," ujarnya.
Dalam pada itu, pemakaian topeng muka hanya mengikut garis panduan yang disaran Kementerian Kesihatan, seperti diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Namun dalam sudut kesihatan, bila kita perlu pakai topeng itu nanti, ikutlah apa disaran KKM yang akan memberi pengumuman dari semasa ke semasa. Jangan khuatir kata kami tidak pakai topeng muka. Adakah ia bahaya atau tidak.
"Sebenarnya kami mengikut apa yang diumumkan WHO dan diikuti oleh KKM bahawa siapa yang tidak terdedah atau tidak sakit tak perlu pakai topeng muka. Jangan sebar suatu yang tidak berasas, ikutlah garis panduan dianjurkan oleh KKM," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#COVID-19
#Fadillah Yusof
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#perintah kawalan pergerakan
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan