awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan jamin bekalan topeng muka mencukupi - Saifuddin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/02/2020
11:18 MYT
COVID-19: Kerajaan jamin bekalan topeng muka mencukupi - Saifuddin
Rakyat diminta tidak perlu melakukan pembelian panik untuk topeng muka. - Gambar hiasan BERNAMA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan topeng muka di negara ini mencukupi.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, rakyat juga diminta tidak perlu melakukan pembelian panik untuk produk berkenaan.
"Ya, pengeluar topeng muka sudah bersetuju untuk menambah pengeluarannya. Saya juga sudah maklumkan isu ini kepada Kabinet dan pada masa sama kita melihat pilihan lain yang ada, mana pengeluar yang boleh mengeluarkan lebih dan bersetuju menyelesaikan apa sahaja masalah.
"Kita akan membuat pesanan apabila mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. Ada yang kata stok tersedia adalah 400,000 topeng, ada pengeluar kata boleh hasilkan 200,000 sehari dan ada juga yang boleh keluarkan 100,000 seminggu," katanya selepas mengadakan dialog bersama pemain industri mengenai impak COVID-19, di sini pada Khamis.
Pada sesi itu, Saifuddin mendengar keluhan pemain industri mengenai kesan COVID-19 kepada mata pencarian masing-masing.
Saifuddin turut berjanji akan membawa masalah mereka ke Kabinet dan mencari penyelesaian kepada isu yang ditimbulkan.
Sebelum ini, Saifuddin meminta pengguna untuk peka serta mengadu kepada KPDNHEP melalui mana-mana sembilan saluran aduan kementerian itu termasuk aplikasi WhatsApp di talian 019-2794317 sekiranya terjumpa sebarang insiden penjualan topeng muka melebihi harga kawalan oleh peniaga.
Katanya, sebarang hasil pemeriksaan dan tindakan yang diambil oleh KPDNHEP berkenaan isu topeng muka akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#bekalan mencukupi
#COVID-19
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#KPDNHEP
#Saifuddin Nasution
#topeng muka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan