awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu dikenal pasti di Kelantan, pesakit pulang ke kampung halaman

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/05/2020
07:13 MYT
COVID-19: Kes baharu dikenal pasti di Kelantan, pesakit pulang ke kampung halaman
Orang ramai diingatkan supaya elak aktiviti rentas negeri agar dapat membendung penularan wabak COVID-19.
Lebih sebulan Kelantan diisytihar bebas COVID-19, apa yang dibimbangi kerajaan negeri dan pihak berkuasa berlaku semalam apabila satu kes positif pandemik berkenaan mula dikesan.
Kluster baharu itu melibatkan seorang wanita mengandung yang pulang ke kampung halaman pada 7 Mei lepas sewaktu kerajaan melonggarkan aktitivi rentas negeri.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.
"Ini apa yang kita takuti selama ini, iaitu (akibat perbuatan) rentas sempadan (negeri). Baru-baru ini pada 7 Mei, pesakit ini balik ke Kelantan. Malangnya, dia didapati positif (COVID-19).
"Pesakit ini ketika ini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ). Pihak hospital sedang mengesan kontak-kontaknya. Setakat ini, keluarganya negatif. Hanya dia seorang sahaja positif.
"Keluarganya kena dikuarantin," katanya sambil menambah, kes melibatkan seorang wanita hamil 32 minggu yang pulang dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kuala Krai.
Izani menegaskan kerajaan dan pihak berkuasa berulang kali menasihati orang ramai supaya mengelakkan aktiviti rentas negeri agar dapat membendung penularan wabak berkenaan.
Katanya, pihak berkaitan melalui Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan akan berbincang bagi menentukan langkah seterusnya dalam usaha mengekang penyebaran wabak itu di daerah Kuala Krai.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Hospital Raja Perempuan Zainab
#Izani Husin
#jangkitan
#Kelantan
#kerajaan
#kes positif
#keselamatan
#kesihatan
#Kuala Krai
#Kuala Lumpur
#rentas negeri
#sempadan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan