Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Kes baharu kekal satu digit, tiada kematian, kes discaj tertinggi

COVID-19: Kes baharu kekal satu digit, tiada kematian, kes discaj tertinggi
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan enam kes import dari jangkitan luar negara dan satu kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegara.
PUTRAJAYA : Malaysia terus mencatatkan kes baharu COVID-19 pada angka satu digit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan enam kes import dari jangkitan luar negara dan satu kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegara.

Ia menjadikan tiada kes penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.

"Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia. Satu kes penularan di dalam negara adalah seorang pekerja bukan warganegara (iaitu kes saringan untuk mula berkerja)," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
Justeru, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,336 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," kata beliau.
Selain itu, negara merekodkan 281 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikannya sebagai  jumlah discaj tertinggi yang pernah dicatat setakat ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes (83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," tambahnya lagi.

Pada masa sama, tiada pertambahan kes kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," ujarnya.

Sehingga kini, sebanyak enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.



Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, ICU, Media, kesihatan, Malaysia, koronavirus, unit rawatan rapi, kes positif



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.