awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan kaji penambahbaikan model pemilihan bakal jemaah haji
Hampir 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari pusat penipuan dalam talian di Kemboja pulang ke tanah air
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes harian terendah, 110 kes pulih - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/05/2020
09:53 MYT
COVID-19: Kes harian terendah, 110 kes pulih - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.
Malaysia merekodkan kes positif harian baharu yang terendah setakat ini iaitu sebanyak 16 kes COVID-19 pada selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut tiga merupakan kes import manakala 13 lagi adalah kes tempatan.
Dalam pada itu, beliau berkata kes sembuh COVID-19 turut menunjukkan perkembangan positif apabila sebanyak 110 kes dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,223 atau 77.5 peratus daripada keseluruhan kes.
“Ini merupakan kes harian terendah yang dicatatkan sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,742 kes.
“Selain itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,410 kes,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada pertambahan kes kematian pada Selasa, sekali gus kes kematian kekal sebanyak 109 kes atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan