Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: KKM akui perang belum berakhir, perjalanan masih jauh

COVID-19: KKM akui perang belum berakhir, perjalanan masih jauh
Dr Noor Hisham bersetuju dengan seruan Dr Tedros agar orang ramai tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini. Foto: Bernama/Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) senada dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berpendapat pandemik COVID-19 belum berakhir.

Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengingatkan masyarakat di Malaysia supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di negara ini.

Katanya, rakyat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

"Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sebuah taklimat secara maya, pandemik COVID-19 di dunia masih belum berakhir.
"Malah, secara global, kes-kes pandemik COVID-19 ini sebenarnya semakin meningkat. Beliau juga memberi amaran bahawa situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dijangkakan akan semakin melarat.

"Memetik kenyataan Dr Tedros: We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.
"Justeru, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelas Dr Noor Hisham, kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibuka dan sedang beroperasi sepenuhnya, namun demikian penularan kes di dalam komuniti adalah terkawal.


Tag: Kemeterian Kesihatan, KKM, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Dr Tedros Adhanom



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.