awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM pertimbang guna Favipiravir rawat pesakit

Bernama
Bernama
25/03/2020
20:51 MYT
COVID-19: KKM pertimbang guna Favipiravir rawat pesakit
KKM mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif COVID-19. -Gambar fail/Reuters
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ubat itu, yang juga dikenali sebagai Avigan dan Fuhaikang, tidak didaftarkan di negara ini namun ia tertakluk kepada kelulusan KKM selepas meneliti kesan sampingannya.
"Kita (KKM) boleh luluskan. Bagaimanapun, ubat itu kita kena kaji sebab ada kesan sampingan. Jadi kita kena berhati-hati apabila kita gunakan ubat tersebut.
"Ia adalah ubat yang sama tetapi Avigan berasal dari Jepun manakala Fuhaikang dari China," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata sekiranya diluluskan kelak, pemantauan rapi ke atas pesakit perlu dijalankan bagi memastikan keberkesanan ubat antiviral itu.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa KKM memerlukan 800 alat bantuan pernafasan atau ventilator di hospital kerajaan dengan 500 khusus untuk kes COVID-19.
"KKM telah beli 229 unit ventilator, 54 unit telah diterima manakala 175 unit lagi masih dalam proses penghantaran yang kita jangka terima awal April ini," katanya.
Dr Noor Hisham berkata pihak swasta juga bersetuju meminjamkan 64 unit ventilator kepada KKM untuk kegunaan di hospital kerajaan yang memerlukan.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500 juta bagi membiayai pembelian peralatan perubatan seperti ventilator dan peralatan Unit Rawatan Rapi, peralatan perlindungan diri tambahan bagi kakitangan perkhidmatan perubatan awam dan keperluan makmal untuk saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Avigan
#COVID-19
#Favipiravir
#Fuhaikang
#kesan sampingan
#Noor Hisham Abdullah
#ubat antiviral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan