Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan enam kes positif virus berkenaan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor.

"Ingin dimaklumkan daripada 60 kes baru yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam (6) kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ini merupakan kluster DTI ketiga selepas pengesanan kluster warga asing di DTI di Semenyih, Selangor yang didedahkan pada Sabtu.

21 daripada 1,752 sampel yang diambil dari kluster DTI Semenyih disahkan positif COVID-19.

Manakala, Kluster DTI yang pertama, iaitu di Bukit Jalil melibatkan 60 kes COVID-19.

BACA: COVID-19: 60 kes baharu, 33 pulih dan tiada kematian