Kluster Mambong di Sarawak yang mula dikesan Khamis lalu kini telah meningkat kepada lima kes positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 70 individu telah disaring dalam kluster tersebut.

"Seramai 65 orang masih menunggu keputusan. Kluster ini melibatkan warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara, iaitu warga Filipina yang merupakan kes indeks kluster ini, iaitu kes ke-8,732," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Sembilan kes baharu, kes aktif kini 96 - Noor Hisham

Kluster aktif di daerah Samarahan dan Kuching itu dikesan selepas saringan kesihatan dijalankan terhadap kes kedua, iaitu pekerja di syarikat terbabit.

Jelasnya, punca jangkitan kluster tersebut masih di dalam siasatan.