awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KTMB hentikan perkhidmatan tren antara bandar dan negeri sementara waktu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
23/03/2020
13:01 MYT
COVID-19: KTMB hentikan perkhidmatan tren antara bandar dan negeri sementara waktu
Pemberhentian perkhidmatan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 24 Mac sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan - Foto BERNAMA
Ekoran perkembangan terkini wabak COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil inisiatif untuk menghentikan sementara beberapa perkhidmatan tren antara bandar dan negeri.
Pemberhentian perkhidmatan tersebut akan mula berkuatkuasa pada 24 Mac sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar masih akan dijalankan seperti biasa.
"Hanya perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar sahaja yang akan beroperasi seperti biasa berbanding lapan kesemuanya sebelum ini," katanya.
Tambahnya operasi KTM juga akan dikurangkan kepada 49 perkhidmatan sehari bagi sektor Lembah Klang dan Utara.
Turut terjejas perkhidmatan tren Skypark Link di antara stesen Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dikurangkan empat kitaran berbanding lapan sebelum ini.
Para penumpang yang sudah membuat tempahan boleh meminda tarikh perjalanan di kaunter atau pembatalan tiket menerusi laman sesawang www.ktmb.com.my
KTMB juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat semasa operasi tren menerusi laman sesawang atau boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 03-2267 1200.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#KTMB
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan