Operasi Disinfeksi COVID-19 secara besar-besaran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu kota bermula hari ini bagi memastikan ibu negara bebas daripada wabak COVID-19.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata langkah itu merupakan sebahagian usaha pihaknya memastikan keselamatan dan kesihatan warga kota sentiasa diutamakan.
Beliau berkata semua aset dan anggota DBKL telah digerakkan bagi melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembasmi kuman dengan fokus utama ketika ini adalah di kawasan yang berisiko tinggi.
"Hari ini DBKL bersama Alam Flora dengan kekuatan seramai 100 anggota telah menjalankan proses pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Sri Petaling, yang merupakan kawasan Zon Merah wabak COVID-19 di Wilayah Persekutuan.
"Usaha ini bagi memastikan tempat awam seperti dewan, masjid, surau, jalan raya, pondok menunggu bas dan lorong bebas daripada virus ini. Kami mahu masyarakat berasa selamat sekali gus mengurangkan kebimbangan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.
Selain itu Nor Hisham berkata kawasan pasar harian serta pasar borong akan disinfeksi setiap hari bagi memastikan kawasan tumpuan masyarakat untuk membeli keperluan asas itu bebas daripada virus COVID-19.
"Antara kawasan itu ialah Pasar Pudu; Pasar Taman Cheras; Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI); Pasar Pekan Salak Selatan; Pasar Genting Klang; serta pasar dan Pusat Penjaja Seksyen 2 Wangsa Maju.
"Selain itu, Pasar Besar Cheras; Pasar Alam Damai; Pasar Pekan Sungai Besi; Pasar Klang Lama; Pasar Harian Selayang; Pasar Sentul; Pasar Batu 5; Pasar Raja Bot dan beberapa pasar harian lain yang menjadi tumpuan orang ramai," katanya.
Beliau berkata semua anggota yang terlibat dalam operasi ini mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kami memastikan setiap larutan bahan kimia, dan pemakaian anggota untuk operasi disinfeksi ini mengikuti SOP yang telah ditetapkan, kami mahu Kuala Lumpur bebas daripada virus ini," katanya.
Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa hari ini meninjau kerja-kerja disinfeksi dan membasmi kuman secara besar-besaran yang dilaksanakan pasukan dari Unit Kesihatan di sekitar Sri Petaling dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 28 2020
Kawasan pasar harian serta pasar borong akan disinfeksi setiap hari bagi memastikan kawasan tumpuan masyarakat untuk membeli keperluan asas itu bebas daripada virus COVID-19. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
Pegawai kanan polis lindungi sindiket haram diarah isytihar harta - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberikan notis pengisytiharan harta, dengan tarikh akhir pada 28 April ini, kepada pegawai kanan polis yang ditahan kerana disyaki melindungi sind
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.