awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kumpulan kedua rakyat Malaysia di Wuhan pulang 25 Februari ini - Dr Wan Azizah

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/02/2020
06:59 MYT
COVID-19: Kumpulan kedua rakyat Malaysia di Wuhan pulang 25 Februari ini - Dr Wan Azizah
DR WAN AZIZAH: Misi HADR-Wuhan kedua ini akan diuruskan sama seperti misi pertama yang mana sebaik tiba di KLIA semua akan melalui saringan kesihatan di ADU sebelum dihantar ke AKEPT.
Kerajaan akan membawa pulang kumpulan kedua 75 rakyat Malaysia dari Wuhan, China pada Selasa depan, susulan penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mereka akan dibawa ke Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai untuk menjalani pemantauan selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui pesawat AirAsia sedang mengurus untuk membawa pulang sekitar 75 orang warganegara Malaysia dan pasangan atau anak dari Wuhan.
"Misi HADR-Wuhan kedua ini akan diuruskan sama seperti misi pertama yang mana sebaik tiba di KLIA semua akan melalui saringan kesihatan di Air Disaster Unit (ADU) sebelum dihantar ke Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) untuk proses pemantauan selama 14 hari," katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) di sini, pada Jumaat.
BACA: 'Rasa macam paru-paru nak meletup' - Pesakit gambarkan derita dijangkiti COVID-19
BACA: COVID-19: ASEAN-China komited kurangkan kesan terhadap pembangunan ekonomi, sosial
[LAPOR LANGSUNG] COVID-19 China sahkan 411 kes baharu, 115 kematian
Pada 4 Februari lalu, sejumlah 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga dibawa pulang dari Wuhan, China dengan pesawat khas melalui misi bantuan kemanusiaan kerajaan.
Dalam pada itu kata Dr Wan Azizah, semua 20 Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan COVID-19.
Sementara 17 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dilaporkan mempunyai SOP termasuk Xiamen Universiti Malaysia yang mempunyai ramai pelajar dari China.
"Sehingga hari ini semua pelajar yang pulang dari China telah melalui saringan kesihatan dan semua didapati negatif COVID-19.
"Education Malaysia Beijing (EMB) dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di China telah membangunkan Covid-19 Overseas Students Management Dashboard bagi membantu pemantauan keberadaan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di China.
"BEM dengan kerjasama Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) dan KKM telah membangunkan The Preparatory Plan To Prevent Transmission of The Covid-19 For Malaysian Institutes of Higher Learning," jelasnya.
Wan Azizah turut menjelaskan, kerajaan akan memperketatkan prosedur masuk rakyat luar atau negara ini yang berkunjung dari China namun menafikan menyekat terus kemasukan mereka ke Malaysia.
Ujarnya, Malaysia masih berada pada fasa tiada penularan meluas antara satu individu kepada individu yang lain, tiada kes sporadik dikesan dalam komuniti, tiada kes kematian direkodkan dan masih mampu untuk ditangani dengan kapasiti dan keupayaan sedia ada.
Topic Berkaitan
#air
#anak
#Beijing
#China
#coronavirus
#COVID-19
#keluarga
#Kementerian Luar
#kesihatan
#KKM
#KLIA
#koronavirus
#SOP
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan