Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: LBU sumbang RM1 juta untuk Dana Bantuan Bencana Sarawak

COVID-19: LBU sumbang RM1 juta untuk Dana Bantuan Bencana Sarawak
Mohamad Zaidee (dua kiri) menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada Douglas di di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, hari ini. - Astro AWANI
KUCHING: Syarikat Lebuhraya Borneo Utara (LBU) menyalurkan sumbangan RM1 juta kepada Dana Bantuan Bencana Negeri Sarawak bagi membantu pihak yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan LBU, Mohamad Zaidee Abang Hipni kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Menurut Zaidee, ia merupakan inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat pembinaan itu untuk membantu rakyat ketika dilanda musibah.

Beliau sedar ramai yang terjejas dengan wabak COVID-19 ini, lebih-lebih lagi yang bekerja sendiri, dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
“Sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit beban rakyat yang terjejas selain berharap agar lebih banyak agensi korporat yang lain datang membantu dengan menghulurkan sumbangan kepada Dana Bantuan Bencana Negeri Sarawak,“ katanya.

Majlis penyampaian berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

LBU merupakan agensi korporat yang pertama di Sarawak menghulurkan bantuan dalam menangani wabak COVID-19.