Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Lebih baik kami kekal di Jepun - Rakyat Malaysia

COVID-19: Lebih baik kami kekal di Jepun - Rakyat Malaysia
HAFIFI: Kami tunggu dahulu untuk wabak ini reda dan apabila ada peluang untuk pulang ke Malaysia, baru kami balik. - Astro AWANI
“SEBENARNYA, lagi elok kami duduk di Jepun daripada pulang ke Malaysia.”

Demikian kata-kata rakyat Malaysia yang masih bekerja di Jepun tatkala wabak COVID-19 kian menular di seluruh dunia dan kelihatan tiada tanda reda.

Jurutera minyak dan gas Hafifi Hashim yang menetap di Kanagawa, Jepun berpendapat bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk pulang ke tanah air.

“Keadaan di Malaysia dan Jepun tidak banyak bezanya.
“Sekarang masih ada lagi yang kerumun di lapangan terbang, jadi jangkitan COVID-19 boleh merebak di situ.

“Kami tunggu dahulu untuk wabak ini reda. Apabila ada peluang untuk pulang, baru kami balik. Jika kami bergesa-gesa untuk pulang, tiada manfaatnya,” kata Hafifi ketika berlintas langsung dari Jepun untuk Buletin AWANI pada Isnin.

Rata-rata negara di seluruh dunia telah melaksanakan perintah berkurung atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan wabak koronavirus tersebut.

BACA: Rakyat Malaysia di AS, Hong Kong dan Indonesia kongsi pengalaman berdepan COVID-19

Biarpun negara matahari terbit tersebut belum mengisytiharkan perintah sedemikian, namun Hafifi berkata, kesedaran dalam kalangan rakyat Jepun untuk mengamalkan penjarakan sosial adalah tinggi.

“Kerajaan Jepun sudang mengambil langkah berjaga-jaga sejak akhir Januari atau awal Februari.

“Rakyatnya juga sedar akan pemakaian topeng muka dan tidak lagi berkumpul di tempat awam walaupun tidak disuruh secara keras.

“Kerjasama dalam kalangan rakyat ini penting untuk memastikan wabak ini tidak merebak dengan teruk,” tambahnya.

Katanya lagi, kerajaan Jepun dijangkakan akan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan PKP di sekitar Greater Tokyo.

Setakat Isnin (30 Mac), Jepun mencatatkan 1,866 kes positif dan 54 kes kematian disebabkan wabak COVID-19.


Tag: Jepun, COVID-19, koronavirus, rakyat Malaysia, Buletin AWANI, Perintah Kawalan Pergerakan, PKP, perintah berkurung, Greater Tokyo



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.