awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Mahasiswa Sabah di Semenanjung boleh tinggal di Rumah Sabah Cheras

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
18/03/2020
12:42 MYT
COVID-19: Mahasiswa Sabah di Semenanjung boleh tinggal di Rumah Sabah Cheras
Ini merupakan pendekatan yang diambil kerajaan Sabah bagi membantu mahasiswa terbabit.
Mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung yang mengalami masalah penempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh tinggal di Rumah Sabah, di Cheras Kuala Lumpur.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini merupakan pendekatan yang diambil kerajaan Sabah bagi membantu mahasiswa terbabit.
"Sebahagian daripada mereka yang tidak ada tempat tinggal kita akan tempatkan di Rumah Sabah.
"Saya telah minta menteri pelajaran berkomunikasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi di peringkat pusat berhubung mana kampus yang mungkin dibolehkan pelajar datang dari Sabah, yang berada di Kuala Lumpur, tidak perlu balik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersempena Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pihaknya turut menggesa para mahasiswainstitusi pengajian tinggi (IPT) di luar Sabah supaya mengehadkan pergerakan mereka.
"Ini kerana jika mereka balik juga akan berbaris membeli tiket, mungkin berada di lapangan terbang, kita mahu kurangkan pergerakan.
"Jadi kalau dapat kita tempatkan mereka supaya boleh kurangkan pergerakan. Dari segi bekalan makanan, kerajaan negeri akan menyediakan bagi memastikan mereka dalam keadaan baik sepanjang tempoh kawalan itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Cheras
#COVID-19
#keselamatan
#Ketua Menteri Sabah
#koronavirus
#Mahasiswa Sabah
#Media
#Mohd Shafe Apdal
#Mohd Shafie Apdal
#Rumah Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan