Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ditangguhkan

COVID-19: Majlis Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ditangguhkan
Menurut Paimuzi, penangguhan dibuat susulan situasi semasa wabak COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) peringkat antarabangsa yang dijadualkan pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya.

Menurut Paimuzi, MTHQA yang dibakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Tindakan ini susulan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara yang melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan berikutan situasi semasa wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

MTHQA merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan sejak 61 tahun yang lalu.
Acara ini disertai oleh lebih 60 buah negara dari seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat-ayat suci al-Quran.

Dalam perutusan khas pada Jumaat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa ditangguhkan sehingga 30 April depan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu telah mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai pandemik.


Tag: Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran, MTHQA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Paimuzi Yahya, COVID-19, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.